Paste your Google Webmaster Tools verification code here

Promosi April Kebabom

Promosi April Kebabom!

Selepas berita GST yang gemparkan satu malaysia, kami di shaklee tergempar mendapat berita promosi bulanan kali ini.

Jika sebelum ini satu produk upromosi setiap bulan, kemudian 2 produk promosi dan yang paling banyak adalah 3 produk di harga promosi. Kali ini kami menerima berita 5 produk pula!!

Saya sangat teruja sebab produk promosi kali ini melibatkan produk Cinch Shake, yang jadi idaman saya. Bagi mereka yang ambil Set Kurus shaklee memang seronoklah sebab produk kurus ini sedang promo!

Selain dari Cinch Shake, GLA complex, Lechitin dan DTX complex. Lebih mengejutkan saya Produk Vitalea for children dilanjutkan lagi promosinya!!

Seingat saya ini bulan ke-3 Vitalea for children di harga Promosi. Memang tak sangka! Dan belum pernah lagi shaklee melanjutkan promosi satu produk sebegitu lama. Kebiasaanya hanya tempoh satu bulan sahaja.

Jadi mana nak dapatkan semua ini?

Boleh dapatkan dari saya melalui order Whatsapp @ 019- 2684 387 (fana)

atau pun boleh follow saya di akaun Instagram @vitaminfairy / Facebook: Vitamin Fairy dot com

untuk order Email pula di : fana.luck@gmail.com

Ada produk yang kegemaran anda yang sedang sale? Cepat dapatkan sebelum 30hb April.

Nak pre-order dulu? Bayar masa gaji? Boleh juga, PM saya di Vitamin Fairy dot com untuk ketahui bagaimana.

 

Poster Promosi April seperti dibawah:

Boleh rujuk poster untuk Harga, jika mahukan cuba 1 produk Promo boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp @ 019-2684 387 (fana) untuk ketahui caranya.

 

142789076702009 142789099222786 142789112224156

7 manfaat utama Omega Guard

omega

7 Manfaat utama Omega Guard

1. Asid lemak: omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh kerana itu,kita perlu mengambilnya daripada makanan. Omega-3 dari asa tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berlesan oleh badan, Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin kemerah-merahan.

2. Mencegah penyakit salur darah dan strok: DHA dan EPA boleh menentangthrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan salur darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala. ia juga merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infartion, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan janin dan membantu perkembangan memori: DHA adala nutrien utama otak, sistem saraf dan retina, Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan.  Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.  Satu hidangan omega guard dapat membekalkan ()%mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru: mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

5. Menentang kanser: kajian telah menunjukan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan bantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis): paras omega -3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7.Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan: Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.

Kajian demi kajian mendapati orang-orang yang tinggal dikawasan sejuk seperti di eskimo, menunjukkan mereka kurang diserang penyakit jantung. kajian menunjukkan mereka kerap memakan ikan dari laut beku yang mempunyai minyak ikan yang tinggi omegaa-3.

Saintis dari jepun juga mendapati, pengekstrakan minyak ikan yang terbaik adalah dari badan ikan kerana iamenghasilkan minyak ikan yang bebas dari toksin merbahaya seperti merkuri.

Oleh itu, minyak ikan kami adalah yang terbaik kerana mengambil minyak ikan yang diekstrakkan dari badan ikan justeru, adalah menepati motto kami yang mahukan produk kami yang sentiasa selamat untuk dimakan oleh manusia.

Vita E Complex

Vitamin E Complex

vita_e1

Beza Vitamin E shaklee

Untuk pengetahuan ramai, vitamin E shaklee mempunyai 3 bahan utama di dalam vitamin E.

Bahan-bahan itu ialah:

1. Vitamin E yang lengkap

2. Selenium dari bahan semulajadi

3. Grape seed extract

Ketiga bahan tersebut memberi vitamin E shaklee kelainan dari vitamin E yang ada dipasaran. Sedia maklum, setiap supplement kami adalah dari bahan semulajadi dan dijamin yang terbaik.

Vitamin E  yang lengkap

Dibuat dar minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E. Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan bergabung bersama 8 jenis vitamin E (alph, beta,gamma,delta). Membuatkan ianya vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Selenium semulajadi.

Mengandungi selenium semulajadi yang diambil dari yis. Selenium ini bertujuan untuk membantu penyerapan vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selenium sebanyak 65mcg ini juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa,kadmium dan membantu mengukuhkan anti-oksidan serta melindungi retina.

Grape seed extract

Mengandungi phytonutrien (plant that contains of natural  chemical) istimewa yang hanya ditemui pada buah anggur yang dikenali sebagai polyphenols.

Prof Jacques yang menemui polyphenols yang didapati dalam buah anggur dan mendapati biji anggur tersebut mempunyai lebih Oligomere ProanthroCyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrien yang lain. Kelebihan ini menonjolkan ke keistimewaan minyak biji anggur yang popular di negara sejuk ini.

3 KELEBIHAN OPC

OPC ialah antioksida yang utama dan penting, ia bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif. Antara kelebihan OPC ialah:

1. meneutralkan bahan radikal bebeas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia.

2. berupaya menurunkan kadar LDL kolesterol.

3. bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.

Manfaat/ Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee

Vitamin E shaklee yang semulajadi ini memberi / membantu badan untuk:

1. Mencantikkan kulit wajah dan menaikkan serinya

2. Kulit semakin halus, gebu dan licin.

3. mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda.

4. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot.

5. Meningkatkan kesuburan.

6.Meningkatkan keinginan seksual suami isteri.

7. Merendahkan kadar kolesterol.

8.Membantu mencegah kanser.

9. merendahkan risiko katarak.

10. Parut strechmark memudar.

 

 

Gitar ukelele untuk kakak

Al kisah hari ini.

Hari ini kami pergi tesco macam biasa, hari sabtu santai. Selalu lepas beli barang terus balik rumah.

Hari ini kami pas beli barang pergi turun tingkat bawah kepong village mall ni nak cari ink printer rumah yang dah kaput.

Dah beli ink printer, anak perempuan saya buat hal tak nak gerak, dok tengok satu sudut jer. Pastu suami cakap, ooh.. dia nak gitar tu.. sambil jalan menuju ke booth tempat jual gitar ukelele.

Mak aih!! GITAR betul ni!

Suami pujuk anak lagi kata ini bukan mainan, ni bukan gitar mainan…

Takda amik peduli pon yang dia tau dia nak.

Suami rasa bersalah ler, sebab dah janji nak beli gitar mainan kat dia tadi. Kerna keterlupaan masing-masing, maka anak dah nampak gitar tu, apa lagi kan?

Dah janji kena ler tunaikan.

Maka, bawak balik satu gitar comel berwarna merah jambu.

Layan…1418464756991

Okay, mama fairy log out..

Jangan lupa follow kami lagi.

Bergegas Ke Melaka.

 Bercuti tanpa rancang ke Melaka

Pada minggu lalu kami sekeluarga mengikuti suami ke kursus yang dibuat di hotel A famosa, Melaka.

Keputusan ini dibuat selepas suami saya yang baru pulang dari korea selatan merasa sedih hendak meninggalkan anak-anak kembali selepas 3 hari. Sebagai WAHM( work-at-home-mom) perkara ini tiada masalah.

Penat

Saya punya masalah untuk mengemas bagasi selepas pulang dari rumah keluarga sepanjang suami berada diluarnegara, hanya pada malam sebelum bertolak itu yang saya bergegas utnuk menyiapkan pakaian serta barangan keperluan lain.

Kami bertolak kira-kira pada jam 1130 pagi. Berkeadaan separuh letih dan tanpa makan sarapan, bergegas ke Melaka. Sesampai disana anak saya muntah air yang diminumnya, dan mujur sudah sampai hotel.

Tiba di hotel, kami perlu menunggu seketika, kerana kunci berada ditangan pihak pengurusan kursus. Sementara menunggu, saya mencuba kerusi urut yang di sedia diruang lobi dan anak-anak bermain disekitar kawasan lobi.

Kami menginap di sini selama dua malam dan malangnya saya tidak keluar kemana-mana sepanjang berada di A famosa.

300156_130815184806154_STD
gambaran bilik yang kami menginap.

Ini disebabkan anak perempuan saya masih kurang sihat akibat cirit birit dan berada di bilik hotel memudahkan dia untuk berulang alik ke toilet tanpa bantuan saya.

map
peta A famosa

Pada hari terakhir, suami mengajak kami ke animal world safari. Melihat anaknya masih kepenatan kerana cirit birit kami batalkan rancangan kami dan terus pulang ke Kuala Lumpur sahaja.

Kelas Bedah ESP

Kelas Bedah ESP

10354803_10152746058149443_5937985672948599637_n
Kelas Bedah ESP

Pada 2 minggu lalu kelas bedah siasat ESP berlangsung di alam maya. Kelas santai kami ini seperti biasa dibuat dalam group telegram Successor kami.

Pelbagai ilmu baru yang dipelajari, mengenai produk ‘hot’ ini iaitu ESP (Energizing soy protein). Kami mendalami fungsi-fungsi setiap bahan yang terdapat dalam ESP ini, dan berkongsi pengalaman selepas mencuba minuman ini.

Rata-rata dari kami memberi kesan positif, dan selepas kelas bedah siasat itu, yang mana belum mencuba atau kurang konsisten dengan ESP bertekad untuk mencuba produk ini.

Selang sehari selepas itu, kelas Bedah ESP dari group telegram RHC pula berlangsung. memandangkan kelas dari successor telah saya ikuti, maka dikelas RHC group saya kurang melibatkan diri dengan menganggap yang ilmunya hampir sama saja.

Silap tanggapan saya itu, kerana kelas bedah RHC group lebih mendalam dengan mengupas satu persatu fungsi bahan-bahan utama di dalam ESP. Saya hanya menyedarinya selepas keesokan harinya membaca post di group Rahsia.

Alhamdulillah, walaupun ketinggalan kelas itu, sedikit sebanyak ilmu yang saya pelajari itu ditambahkan dalam buku log saya. Selepas itu, segala kelas maya yang dibuat di group saya cuba ikuti juga, walau sesibuk mana pun keadaan saya malam itu.

 

 

Pengalaman Berpantang (edisi pertama)

Pengalaman anak pertama

Pengalaman pertama saya tidak seperti yang saya angan-angankan. Saya berangan segala berjalan lancar dengan saya menikmati waktu pantang saya bersama bayi dan dapat menggunakan produk jamu sepanjang berpantang.

Namun perancangan Allah lebih baik. Anak saya yang mudah dilahirkan itu, menghidap prolonged jaundis. Pertama kali saya dan suami keluar masuk hospital dengan kerap selama tempoh sebulan itu.

Pada awal berpantang, saya masih ceria mendapat anak sulung kami, dan hati memang gembira tak terkata. aktiviti saya banyak mengambil gambar anak dan menenung wajahnya. Kami kerap menilik wajahnya mengikut iras siapa. Ramai berkata anak saya mengikut bapanya.

Seminggu selepas kelahiran anak, saya diserang demam diikuti bengkak susu. Pertama kali saya dengar perihal bengkak susu. Tak pernah jangka saya akan mengalaminya. Mujur ibu mertua saya yang datang melawat tidur dirumah kami berada pada waktu itu. Ibu mertua lebih berpengalaman dan dengan bantuannya bengkak saya berjaya disusutkan.

Menyusutkan bengkak susu

Pertama ibu mertua menyuruh saya memerah susu, apabila saya cuba memerah menggunakan pam susu, sakit yang amat membuat saya berhenti.

Kedua kami mencuba menekap dengan daun kobis, tujuannya untuk mengurangkan sakit bengkak. Saya tidak merasa perubahan langsung, dan sakit tetap ada.

Ketiga, ibu mertua menyuruh suami mengambil sikat, lalu diurutnya menggunakan sikat, saya mengalami sakit yang amat semasa urutan tetapi berasa lega sedikit selepas beberapa lama.

Akhirnya selepas urutan itu, susu saya kurang tersumbat dan saya sambung mengurangkan bengkak susu dengan melakukan urutan marmet yang diajar didalam buku berpantang secara alami, untuk mengeluarkan susu lebihan dan memudahkan penyusuan anak saya.

Keesokannya saya demam panas yang teruk, namun gagahi juga pergi ke klinik untuk test darah anak yang menghidap jaundis.

Selama 44 hari berpantang, 30 hari saya banyak dihabiskan berulang-alik dari rumah ke hospital untuk rawatan lampu biru buat anak jaundis. 2 minggu terakhir, barulah saya dapat berehat dirumah bersama anak.

Diakhir tempoh pantang saya berjaya menyusutkan separuh kekembangan badan saya, dari 80 kg saya susut ke 70kg kemudian ke 67kg. Berat sebelum bersalin saya 60kg dan saya naik sebanyak 20kg semasa mengandung!

Memang mudah rupanya untuk susut badan jika kita rajin bertungku dan memakai bengkung, malangnya, disebabkan kekerapan berulang alik ke hospital membuatkan saya kurang berbengkung dan bertungku. Perut saya masih membuncit walau berat turun.

Terkilan

Saya terkilan tidak bertemu dengan shaklee ketika pengalaman anak pertama. Jika tidak bersama vitamin semulajadi badan saya mungkin lebih sihat dan bertenaga ketika itu..

Psst…

Shaklee promosi bulan oktober ini..

ESP beli 6 percuma 1.

Shaklee-Promo-October-2014-ESP-Sidebar

Produk ini jika saya ketemu ketika berpantang anak sulung tentu saya lebih selim lagi dan tidak mudah jatuh sakit. Insyallah, dengan izin Allah.

 

Konsultasi percuma hanya dari saya.

Fana zainal/ 019-2684387

FB page: Vitamin fairy dot com

email: fana.luck@gmail.com

 

 

My Shaklee Effect

Shaklee Effect Saya!

Entry kali ini ingin berkongsi mengenai Shaklee effect saya.

Saya bermula consume Shaklee pada akhir bulan april 2014. permulaan yang mana saya memang ragu-ragu nak makan produk shaklee mengubah persepsi saya 360 darjah.

Sebelum bertemu shaklee

Semasa mengandung anak kedua, saya sudah mula mengalami perubahan badan kerana perubahan hormon dan sangka saya selepas melahirkan anak badan akan cergas seperti biasa kembali.

Tetapi selepas hampir 9 bulan badan saya semakin teruk. Saya kerap letih terutama selepas menyusukan anak, sering pening dan migrain terutama ketika cuaca panas, masalah sembelit, stress melampau, insomnia, kadang kala terlebih tidur.

Keadaan ini menyebabkan saya tidak bermaya, sering berfikiran negatif, dan mudah marah-marah.

Dari sini saya mengambil masa agak lama sebelum terbuka hati untuk membeli produk Shaklee.

Saya seorang anti-vitamin.

Iya, memang tidak suka telan vitamin.

Apa jenis pun.

Disebabkan saya sakit teramat yang mana tergerak juga hati untuk mencuba produk kesihatan Shaklee.

Owh, saya fikir, mesti orang ramai ingat saya terpengaruh dengan Shaklee effect orang lain jugak ni..

Haa, memang pun!

Rata-rata berikan kesan positif selepas consume Shaklee, ada siap buat bisnes dan berjaya dengan Shaklee.

Okay, dalam entry ini bukan nak cerita pasal kejayaan orang lain.

Apa saya ambil?

Order pertama saya ambil set menyusu basic, iaitu: Vitamin C+ Alfalfa+ ESP+ Ostematrix + Vivix.

vit-c
Vitamin C- antioksidan yang kuat untuk menambah imun badan saya.

 

 

 

Alfalfa
Alfalfa- menambah susu ibu dan membantu menstabilkan hormon badan.

 

 

ESP
ESP- minuman protein dari sumber non-gmo soya, membekalkan tenaga tambahan untuk saya yang mudah kehilangan tenaga kerana menyusu dan kerja-kerja harian.
ostematrix
Ostematrix- sumber kalsium untuk badan saya yang kerap sakit badan dan letih akibat kekurangan kalsium dalam badan selepas menyusukan anak. Ia juga pelawas yang baik untuk perut saya yang sering bermasalah hendak membuang.
10426632_887896507891616_3057484837889034839_n
Vivix- saya ambil khas untuk cuba pada diri untuk kecantikan dalaman dan luaran.

 

Tidak lama lepas tu saya belikan vivix hadiahkan pada ibu saya, yang menghidap diabetis

Selepas sebulan secara konsisten set menyusu diatas, saya add-on pula vitamin B-complex, meal shakes dan nutriferon.

Nutriferon saya ambil ketika saya sakit demam atau kurang sihat, untu menaikkan imun booster saya ketika sakit.

Meal shakes saya tambah sebab mahu merasai kelazatan vanila yang lemak manis itu, dan saya sampai sekarang tak sah tak campur ia dalam protein shakes saya setiap pagi. Penambah selera betul!

Pada bulan ogos ini, saya add on lagi vitamin E dan Omega pula. Saya ambil vitamin E untuk kecantikan kulit dan Omega pula untuk perkembangan otak anak dan juga kecerdasan minda saya.

Ada ke effectnya?

Selepas makan secara konsisten selama empat bulan,

Saya sekarang lebih bertenaga, lebih ceria, kurang stress dan lebih positif.

Ibadah yang lemau-lemau lesu nak buat dulu dah banyak saya buat balik.

Kalau nak bangun pagi pon dah tak susah lagi even berjaga malam  pon Alhamdulillah boleh buat juga.

Susu badan pon makin meriah juga. Anak dah kurang meragam disebabkan tak puas minum susu.

Kaki saya tak lenguh lagi bila berjalan lama. Saya tak merungut sakit kaki dan belakang bila balik dari shopping mall.

Bila saya happy, anak-anak pun nampak makin positif dan ceria. Suami saya pun kurang stress.

Bila saya rasa stress saya dah tak rasa sakit kepala yang amat lagi. tidur pun mudah lena.

Strechmark yang banyak di perut pun makin pudar. Alhamdulillah!

Ini gambar terkini saya sekarang.

Moldiv_1413011147748
Gambar atas kiri- baru sebulan kahwin (tahun 2009), pakai baju besar sebab badan naik mendadak. gambar atas kanan- (tahun 2011) sewaktu mengandungkan anak pertama, kulit kusam, masalah strechmark bermula pada waktu ini. gambar bawah: pada hari raya 2014, baru perasan kulit muka glowing, tanpa mekap. nampak saya lebih ceria walaupun sebenarnya saya waktu ni sedang sakit kepala.

 

 

Belajar buat poster.

Kelas Maya

Sesi coaching yang lepas kami diajar cara-cara membuat poster yang menarik. Kelas kami berlangsung secara ‘live’ dari rumah masing-masing melalui “chatting group Telegram” . Mudah sungguh teknologi sekarang, tanpa menunjukkkan muka dan hanya berhubung melalui taipan saja.

Sesi kelas maya ini tanpa saya sedar berlangsung selama 2 jam berlalu sekelip mata. Memang saya tidak sedar masa berlalu pantas, mana tidaknya, sambil melayan kelas, saya ‘multitasking’ menjaga anak dan sempat berundur diri sebentar untuk tidurkan anak.

Jika tidak punya masa malam itu pun saya tidak risau, sebab saya boleh skroll kembali ‘messages’ sebelum itu pada waktu siang keesokan harinya.

Ilmu yang dipelajari dari kelas maya itu, terus saya aplikasikan dan secara santai kami ditegur kekurangan dan diberi galakan demi galakan untuk terus mencuba membuat poster yang menarik.

Selepas itu secara spontan juga kami diberi tugasan untuk membuat poster paling menarik. Tugasan yang saya terima adalah membuat poster mengenai Berpantang.

Poster Berpantang

Melihat tugasan saya itu, saya risau, sebab rasa sukar sahaja mahu membuat poster menarik. Namun selepas saya selesai membuat poster pertama berpantang saya, idea segar datang di minda saya.

Walaupun poster  yang  pertama saya mendapat ‘approval’ dari sifu Siera Haiyi, tetapi saya rasakan kurang terkesan dengan poster itu.

Maka, saya mencuba kali kedua sementara idea masih segar di kotak fikiran. Cubaan kedua saya mendapat kesan yang bagus dari Sifu saya dan sifu master yang lain.

Hadiah Buat pemenang poster

Semasa Sifu Siera Haiyi memberi tugasan untuk kami, ada dinyatakan bakal 3 poster terpilih akan mendapat hadiah, tetapi kami tidak diberitahu hadiahnya sehingga pemenang dipilih.

Tidak disangka poster saya terpilih antara 3 poster terbaik!!

Alhamdulillah, syukur, dan pertama kali dapat hadiah dari usaha sendiri sejak sekian lamanya juga.

Pertama kali juga saya nampak suami begitu gembira dan seronok untuk saya.

Moldiv_1412750739434
Poster yang terpilih sebagai top 3. Alhamdulillah.
Moldiv_1412836303228
Hadiah yang bakal saya dapat.

 

 INGIN MENJADI SEBAHAGIAN TEAM KAMI?

Boleh hubungi saya di:

TEL: 019- 2684387

Email: fana.luck@gmail.com

FB fanpage: Vitamin fairy dot com

Instagram: vitaminfairy

FB: Fana Zainal

ESP Shaklee (Energize Soy Protein)

ESP

Perbezaan ESP Shaklee

ESP Energizing soy protein dari shaklee ini merupakan satu-satu produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur-tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Ia, diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi ‘non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu rendah.

Manfaat utama

  1. Awet muda: asid amino penting untuk membina otot,kuku,rambut,darah,organ,kulit,gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci awet muda.
  2. Hormon: ianya baik untuk hormone, dimana kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, berfungsi untuk hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. Prostat: Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. Kulit: merangsang pembentukan semula kulit dan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. Bekalan tenaga: membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun, maka ia baik untuk mengekalkan tenaga dan mencegah migraine, insomnia dan tekanan.
  6. Membaiki pigmentasi: membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  7. Membaiki memori: meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan.

Mengapa protein penting?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam system imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantu pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Testimoni saya:

Selepas mencuba ESP, badan saya lebih bertenaga, kurang rasa mengantuk dan kulit tapak kaki yang kering semakin berkurang. Sebagai seorang ibu menyusu badan, saya kurang lagi merasa kekurangan tenaga dan bonus yang terbaik susu badan bertambah.

Jom sihat bersama vitaminfairy.com